More

    Samsung Galaxy M51 dilancar: Bateri 7,000mAh, Super AMOLED+, lima kamera pada harga ~RM1,785

    Samsung telah melancarkan telefon pintar Galaxy M51 di Jerman dengan harga EUR360 (~RM1,785). Ciri menarik telefon ini adalah pada baterinya yang berkapasiti 7,000mAh dan skrin Infinity-O Super AMOLED+ 6.7 inci dengan resolusi 1080 x 2340.

    Bagi mengecas bateri yang besar itu, Galaxy M51 dilengkapi pengecasan pantas 25W. Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP dengan sudut penglihatan 123°, sensor kedalaman 5MP dan kamera makro 5MP. Untuk swafoto, ia mempunyai kamera hadapan 32MP.

    Untuk pasaran Jerman, Galaxy M51 dilengkapi cipset Snapdragon 730, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSDXC. Ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang spesifikasi dan keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy M51 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Jerman

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured