More

    Qualcomm perkenalkan cipset kelas pertengahan, Snapdragon 732G, prestasi ‘graphic rendering’ naik 15%

    Pada bulan April tahun lalu, Qualcomm memperkenalkan cipset kelas pertengahan mereka iaitu Snapdragon 730 dan 730G. Sehingga kini, cipset tersebut telah menjadi cipset kegemaran banyak syarikat telefon pintar termasuklah syarikat gergasi Google yang menggunakan cipset ini pada telefon pintarnya, Google Pixel 4a yang dilancarkan pada awal bulan yang lalu.

    Kini, Qualcomm melancarkan satu lagi cipset iaitu Snapdragon 732G yang merupakan generasi yang baru pada Snapdragon 730G dan cipset ini bakal digunakan oleh peranti dari POCO yang akan dilancarkan pada 7 September ini.

    Cipset Snapdragon 732G ini hadir dengan teras CPU Kyro 470 2.3GHz yang sedikit lebih besar berbanding 2.2GHz yang ada pada 730G. Untuk GPU pula, cipset baru ini menggunakan GPU Adreno 618 yang sedikit berbeza dan dapat menawarkan penambahbaikan sebanyak 15% dalam rendering grafik. Cipset ini dibina atas proses 8nm dengan dua teras prestasi dan 6 teras kecekapan.

    Ciri-ciri yang lain pada cipset ini tidak berubah termasuk generasi keempat Qualcomm AI Engine dan modem X15 LTE. Ia juga menyokong paparan QHD+, 4K HDR dan mod potrait serta Bluetooth 5 dan Wi-Fi 6.

    Bagaimana dengan cipset dari Qualcomm ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 9TO5Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured