Jika sebelum ini Telekom Malaysia (TM) hanya menawarkan sesebuah pelan secara berasingan, kini TM menawarkan pelan unifi yang menggabungkan perkhidmatan yang anda sering gunakan. Pelan penyatuan lengkap ini pastinya hadir dengan harga pakej yang lebih berpatutan.
Pakej pelan ini menawarkan pilihan yang menepati selera penggunaan anda. Berdasarkan pilihan seperti pada gambar di bawah, pakej termurah hanya serendah RM198 sebulan (unifi Mobile dengan panggilan, data, SMS tanpa had + unifi home broadband 30Mbps). Anda juga mendapat unifi Plus Box dengan akses kepada 70 saluran premium.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web pakej baharu ini. Sepertinya, pakej ini bersesuai dengan pengguna yang mencari kombinasi pelan atau telah menggunakan pelan berasingan sebelum ini.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







