More

    realme V3 5G dilancar: Telefon realme 5G termurah dengan Dimensity 720, berharga ~RM606

    realme V3 5G telah dilancarkan untuk pasaran China di samping realme X7 dan realme X7 Pro. Telefon itu dilengkapi cipset Dimensity 720 dan telah menjadi peranti 5G termurah dalam negara tersebut, dengan harga bermula CNY999 (~RM606).

    realme V3 dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci dengan resolusi 720 x 1600, nisbah aspek 20:9 dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 88.7%. Di dalam telefon itu, ia mempunyai cipset Dimensity 720, RAM sehingga 8GB, storan sehingga 128GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan 18W.

    Daripada segi kamera, ia mempunyai kamera utama 13MP f/2.2, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera swafoto adalah kamera 8MP. Ia boleh merakam video pada resolusi 1080p 60fps dan video gerak perlahan 720p 120fps.

    Ia akan dijual dalam pasaran China bermula 9 September dengan tiga varian berikut:

    • 6GB+64GB – 999 Yuan (~RM606)
    • 6GB+128GB – 1,399 Yuan (~RM849)
    • 8GB+128GB – 1,599 Yuan (~RM970)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang peranti ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured