fbpx
More

    Kompilasi pelancaran telefon pintar Ogos 2020: Beri laluan kepada raja-raja Ultra!

    Kita sudah pun meninggalkan bulan Ogos 2020 dan kita boleh lihat pelbagai pelancaran telefon pintar yang dilakukan sepanjang bulan tersebut, daripada peranti kelas pertengahan hinggalah flagship. Malah, terdapat beberapa peranti premium yang dilancar mempunyai perkataan “Ultra” pada namanya. Ayuh jenguk kembali peranti yang datang pada bulan lepas!

    #1 realme V5

    Telefon kelas pertengahan mampu milik dengan bateri besar yang mampu tahan lebih daripada sehari.

    • Tarikh pelancaran: 3 Ogos
    • Negara pelancaran: China
    • Harga: Dari 1499 yuan (~RM915)
    • Kelas: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    #2 Siri OPPO Reno4

    Walaupun cipsetnya agak ketinggalan, kehadiran pelbagai fungsi fotografi dalam telefon ini tentu akan digemari mereka yang suka mengambil video dan gambar.

    • Tarikh pelancaran: 3 Ogos
    • Negara pelancaran: Malaysia
    • Harga: Dari RM1,699
    • Kelas: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    #3 Google Pixel 4a

    Telefon pintar dengan versi Android asal namun tidak akan datang secara rasmi ke Malaysia.

    • Tarikh pelancaran: 4 Ogos
    • Negara pelancaran: Amerika Syarikat
    • Harga: Dari USD349 (~RM1,475)
    • Kelas: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    #4 Siri Samsung Galaxy Note20

    Telefon yang paling mendapat perhatian pada bulan Ogos, dengan dua varian termasuk Ultra.

    • Tarikh pelancaran: 5 Ogos
    • Negara pelancaran: Global
    • Harga: Dari RM3,899
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #5 Xiaomi Mi 10 Ultra

    Telefon edisi khas bagi menyambut ulang tahun Xiaomi ke-10, dilengkapi pelbagai spesifikasi tercanggih.

    • Tarikh pelancaran: 11 Ogos
    • Negara pelancaran: China
    • Harga: Dari 5,299 yuan (~RM3,203)
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #6 Redmi K30 Ultra

    Antara telefon terawal yang dilengkapi cipset Dimensity 1000+, menjadikannya telefon kelas pertengahan yang menghampiri prestasi flagship.

    • Tarikh pelancaran: 11 Ogos
    • Negara pelancaran: China
    • Harga: Dari 1,999 yuan (~RM1,208)
    • Kelas: Pertengahan premium
    • Artikel pelancaran

    #7 Siri iQOO 5

    Telefon flagship yang mempunyai sensor kamera Samsung GN1 50MP.

    • Tarikh pelancaran: 17 Ogos
    • Negara pelancaran: China
    • Harga: Dari 3,998 yuan (~RM2,414)
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    #8 OnePlus Nord

    Siri telefon yang baru oleh OnePlus, menampilkan spesifikasi kelas pertengahan.

    • Tarikh pelancaran: 18 Ogos
    • Negara pelancaran: Malaysia
    • Harga: Dari RM1,799
    • Kelas: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    #9 realme C12

    Telefon kelas permulaan yang tidak banyak beza dengan realme C11 yang dilancar sebelum ini.

    • Tarikh pelancaran: 25 Ogos
    • Negara pelancaran: Malaysia
    • Harga: Dari RM529
    • Kelas: Permulaan
    • Artikel pelancaran

    #10 Gionee M30

    Dilengkapi bateri gergasi 10,000mAh untuk mereka yang gilakan kapasiti bateri.

    • Tarikh pelancaran: 26 Ogos
    • Negara pelancaran: China
    • Harga: Dari 1,399 yuan (~RM844)
    • Kelas: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    #11 Sony Xperia 8 Lite

    Untuk mereka yang menggemari telefon panjang dengan nisbah aspek 21:9, ini telefon untuk anda.

    • Tarikh pelancaran: 26 Ogos
    • Negara pelancaran: Jepun
    • Harga: Dari 29,800 yen (~RM1,168)
    • Kelas: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    #12 Siri ASUS ZenFone 7

    Kembali dengan tiga kamera belakang yang boleh diputarkan 180°.

    • Tarikh pelancaran: 26 Ogos
    • Negara pelancaran: Taiwan
    • Harga: Dari NTD 21,990 (~RM3,123)
    • Kelas: Flagship
    • Artikel pelancaran

    Manakah telefon pintar yang menarik perhatian anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF mungkin keluarkan telefon pintar mesra bajet dengan nama CMF Phone (1)

    Sub-jenama Nothing, CMF sedang menumpukan segmen pasaran yang mampu milik, selepas melancarkan peranti audio, jam pintar dan pengecas. Baru-baru ini, desas-desus baharu...

    Google Wallet kini sokong transaksi tanpa tunai Kad Maybank

    Penambahan sokongan Maybank untuk Google Wallet sememangnya satu perkembangan yang ketara terutamanya bagi pengguna di Malaysia. Ia memperluaskan kebolehcapaian dan kemudahan pembayaran...

    Dapatkan TV QLED 75 inci Samsung dengan diskaun 50% dan banyak lagi promosi sempena...

    Dalam masa dua hari lagi, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi Super Brand Day di Lazada. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, ini adalah...

    Google Pixel 8a dilancar: Cipset Tensor G3, paparan 120Hz bermula ~RM2,368

    Hari ini, Google secara rasmi telah melancarkan telefon pintar Pixel 8a yang akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 14 Mei 2024. Google...

    Tivoli Audio dilancar di Malaysia: Barisan pembesar suara premium bermula RM1,099

    Pada hari ini, jenama produk audio premium Tivoli Audio melancarkan rangkaian produk audionya yang pertama untuk pasaran Malaysia, terdiri daripada 13 jenis...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X