More

    PUBG Mobile, Arena of Valor dan 116 aplikasi lain telah diharamkan di India

    Semalam, kementerian elektronik dan IT India telah menghalang 118 aplikasi milik China dari dimuat turun oleh pengguna peranti Android dan iOS di India. Aplikasi-aplikasi ini diharamkan kerana mempunyai potensi untuk mengancam keselamatan dan sekuriti orang ramai terutamanya mengenai pembocoran maklumat peribadi pengguna.

    Antara aplikasi yang dimasukkan dalam senarai ini adalah game kegemaran ramai, PUBG Mobile, Arena of Valor, Rules of Survival serta Baidu dan juga Alipay. Hal ini berlaku akibat dari hubungan yang kurang baik antara India dan China bermula dari pertempuran di sempadan negara tersebut beberapa bulan yang lepas.

    Sehingga kini, sebanyak 244 aplikasi yang kebanyakannya milik syarikat China telah diharamkan di India. Sebelum ini, aplikasi sensasi TikTok, WeChat dan Mobile Legends juga telah diharamkan di India.

    Adakah India dan China dan berbaik semula pada masa yang akan datang? Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured