More

    OPPO F17 Pro dan F17 dilancarkan di India dengan 4 kamera dan cas pantas 30W, berharga ~RM1301

    Semalam, OPPO telah melancarkan peranti terbaru mereka di India iaitu OPPO F17 Pro dan juga OPPO F17. Yang menariknya, OPPO menyatakan telefon ini adalah antara telefon tercantik untuk tahun ini kerana ia mempunyai reka bentuk yang menawan serta ketebalan 7.5mm dan berat 160g sahaja.

    Untuk OPPO F17 Pro, ia gunakan skrin 6.43 inci jenis Super AMOLED dengan resolusi 2,400 X 1080 piksel. Skrinnya mempunyai nisbah skrin-ke-badan 90.7% dengan puncak kecerahan 800 nits. Sedikit kecewa, telefon ini tidak mempunyai kadar segar semula yang tinggi dan hanya kekal pada 60Hz sahaja.

    OPPO F17 Pro ini juga hadir dengan cipset Mediatek Helio P95 dengan solusi anti sekat yang menjadikan ia 22% lebih pantas dari OPPO F15 sebelum ini. Untuk kamera pula, ia menggunakan 4 kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 48MP serta dua kamera hadapan untuk gambar swafoto yang lebih cantik.

    Kamera utama OPPO F17 Pro 48MP f/1.8, kamera ultralebar 8MP f/2.2 serta dua sensor monokrom 2MP.

    OPPO F17 Pro ini juga mempunyai bateri sebesar 4,000mAh dengan pengecasan pantas Flash Charge 4.0 30W yang dapat mengecas penuh peranti ini dalam masa 53 minit sahaja. OPPO F17 Pro hadir dengan 3 warna iaitu Magic Blue, Matte Black dan Metallic White dengan satu varian sahaja, RAM 8GB dan storan 128GB.

    Selain itu, OPPO juga melancarkan versi OPPO F17 bukan Pro yang mempunyai spesfikasi yang hampir sama dengan versi Pro. Perbezaan yang ketara adalah cipset yang digunakan iaitu Snapdragon 662 serta kamera utama 16MP di belakang dan hanya satu kamera swafoto 16MP. OPPO F17 ditawarkan dengan 3 warna iaitu Navy Blue, Classic Silver dan Dynamic Orange.

    Harga OPPO F17 Pro ialah INR 23,000 (~RM1301) dan mula dijual di India pada 7 September ini manakala harga dan tarikh keluaran OPPO F17 masih belum diberitahu lagi.

    Komen pendapat anda mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured