More

    vivo sedang hasilkan telefon pintar dengan panel belakang kaca yang boleh berubah warna

    Syarikat gergasi China, vivo, dilihat dalam proses pembikinan sebuah telefon pintar yang sangat gempak. Di dalam sebuah video di laman sosial Weibo, syarikat tersebut mengesahkan bahawa sebuah telefon baru akan hadir dengan panel belakang kaca yang boleh bertukar warna dengan hanya menekan sebuah butang sahaja.

    vivo dikatakan menggunakan kaca jenis elektrokromik untuk mendapatkan kesan yang mempersona ini. Teknologi ini telah ditunjuk di acara CES 2020 oleh syarikat OnePlus tetapi hanya untuk kamera belakang telefon yang berubah dari berwarna ke telus.

    Di dalam pautan video ini, panel belakang telefon vivo ini dilihat berubah dari warna biru pekat ke warna ungu cair yang menawan apabila butang sisi telefon itu ditekan.

    Adakah teknologi ini bakal diimplikasikan pada telefon vivo yang akan datang? Nantikan berita lanjut di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : The Verge

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured