More

    Poster acara Apple didedahkan, iPhone 12 mungkin dilancar pada 11 September ini

    Baru-baru ini, kita telah menerima maklumat dari pengulas teknologi yang juga ‘pakar’ dalam mendedahkan maklumat dalaman, bahawa siri iPhone 12 bakal dilancarkan pada bulan Oktober. Spekulasi terkini adalah berlawanan dengan jangkaan lepas. Menurut spekulasi, iPhone 12 mungkin akan dilancarkan pada 11 September 2020.

    Spekulasi ini muncul melalui poster yang disebarkan di Internet. Poster tersebut menunjukkan logo konferens dan kandungannya adalah seakan sama dengan kandungan dalm poster pelancaran yang lepas. Antara ciri lain yang menguatkan lagi spekulasi ini adalah paparan bahawa ini adalah acara istimewa Apple pertama yang akan berlangsung secara dalam talian.

    Jika menurut poster ini, pelancaran iPhone 12 mungkin berlangsung pada 11 September, 1:00AM. Memandangkan kesemua ini masih di tahap spekulasi dan samar-samar, kita mungkin perlu menunggu berita yang lebih sahih atau maklumat yang rasmi dari Apple.

    Anda boleh membaca berita lepas mengenai jangkaan kami terhadap iPhone 12 termasuklah spesifikasi dan harga jangkaannya.

    Adakah anda teruja menanti pelancaran siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: cnmo

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured