Pernahkah anda mendengar tentang KFC yang bakal menghasilkan nuget ayam dengan teknologi percetakan 3D? Hal yang sama mungin bakal berlaku pada hidangan stik (steak) anda kerana sebuah syarikat sedang merancang untuk melakukan cetakan 3D untuk penghasilan stik yang boleh dimakan!
Syarikat Redefine Meat kini merancang untuk menghasilkan stik berasaskan tumbuhan yang dicetak secara 3D. Sebenarnya, sudah terdapat beberapa syarikat luar negara yang sudah berjaya menghasilkan makanan berasaskan tumbuhan yang rasanya menyerupai rasa daging.
Stik premium 3D berasaskan tumbuhan ini bakal diuji di restoran mewah pada tahun ini dan akan melancarkan pencetak 3D kepada pembekal daging mereka pada tahun hadapan.
Adakah makanan dicetak 3D untuk vegetarian ini akan mendapat sambutan jika ianya hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CNET







