fbpx
More

    ASUS ROG Phone 3 rasmi di Malaysia: Snapdragon 865+, 6000mAh, 144Hz, bermula RM2,999

    Terkini, ASUS Malaysia telah melancarkan ASUS ROG Phone 3 di pasaran tempatan secara rasmi. Penawaran harga peranti ini tidak jauh bezanya dengan penawaran harga di pasaran global. Setakat ini, ASUS ROG Phone 3 merupakan peranti gaming idaman ramai bagi peminat segmen ini.

    ASUS ROG Phone 3 dan ASUS ROG Phone 3 Strix Edition mempunyai kebanyakan spesifikasi yang sama, kecuali RAM, storan dan janaan cipset Snapdragon 865+ pada ROG Phone 3 dan Snapdragon 865 pada varian Strix Edition.

    Anda boleh menyemak spesifikasi penuh ASUS ROG Phone 3 Strix Edition, manakala berikut adalah spesifikasi asas ASUS ROG Phone 3:

    • Cipset Snapdragon 865 Plus 5G
    • Skrin AMOLED 6.59 inci 144Hz dengan resolusi 2340×1080, menyokong HDR10+
    • RAM LPDDR5 12GB atau 126GB (ROG Phone 3), 8GB atau 12GB (ROG Phone 3 Strix Edition)
    • Storan UFS3.1 128GB, 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX686 + kamera ultra-lebar 13MP + kamera makro 5MP
    • Kamera hadapan 24MP
    • Rakaman video sehingga 8K pada 30fps, gerak perlahan sehingga 480fps pada 720p
    • Dwi-pembesar suara GameFX yang dihalakan ke depan
    • Bateri 6,000mAh dengan pengecasan 30W
    • Sistem penyejukan GameCool 3
    • Kawalan penjuru AirTrigger 3
    • Sistem operasi ROG UI berdasarkan Android 10

    Selain ASUS ROG Phone 3, seperti biasa terdapat beberapa barisan aksesori terbaru yang turut diumumkan. Terdapat ebebrapa aksesori yang hadir bersama dengan ASUS ROG Phone 3.

    Anda boleh menyemak harga aksesori seperti di bawah:

    • ROG Ranger BC1001 Waist Pack – RM 99 (tiada waranti)
    • ROG Clip – RM 149 (3 bulan waranti)
    • ROG PHONE 3 Lighting Armor case & Glass Screen Protector – RM 279 (3 bulan waranti)
    • ROG Kunai 3 Gamepad – RM 499 (3 bulan waranti)
    • Mobile Desktop Dock – RM 599 (12 bulan waranti)
    • TwinView Dock 3 – RM 899 (12 bulan waranti)

    Harga ASUS ROG Phone 3 yang ditawarkan di pasaran Malaysia adalah seperti dibawah:

    • ROG Phone 3 Strix Edition [Snapdragon 865, RAM 8GB, storan 256GB] berharga RM 2,999
    • ROG Phone 3 [Snapdragon 865+, RAM 12GB, storan 512GB] berharga RM 3,799
    • ROG Phone 3 [Snapdragon 865+, RAM 16GB, storan 512GB] berharga RM 4,499

    Anda boleh menonton video ujian gaming ASUS ROG Phone 3 di pautan ini, membaca ulasan jujur kami mengenainya atau melihat video unboxing raja peranti gaming ini di bawah.

    Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    nubia Focus Pro 5G dilancar di Malaysia: Skrin FHD+ 6.72″ dan kamera AI 108MP...

    Nubia ZTE telah melancarkan nubia Focus Pro 5G, telefon pintar yang direka untuk merevolusikan fotografi mudah alih. Peranti baharu ini bertujuan untuk...

    Kerajaan akan beri internet berkelajuan tinggi kepada sekolah bermula Julai 2024

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menyediakan pakej langganan internet jalur lebar berkelajuan tinggi kepada sekolah-sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)...

    KWSP akan sediakan pilihan pindah dana daripada Akaun Fleksibel ke Akaun 1 dan 2

    Awal bulan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan struktur akaun baharu yang merangkumi Akaun 3 (Akaun Fleksibel) dengan membolehkan ahlinya mengakses...

    Harga Snapdragon 8 Gen 4 dijangka mahal, pengeluar telefon perlu pertimbangkan konfigurasi produk

    Qualcomm bersedia untuk beralih kepada teras Oryon suainya dengan pengumuman rasmi Snapdragon 8 Gen 4 yang dijangka berlaku pada bulan Oktober. Peralihan...

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X