More

    Xiaomi sedang uji kebolehan Mi 10 Ultra untuk mengawal kereta secara jauh melalui 5G

    Nampaknya telefon pintar 5G anda mungkin boleh digunakan untuk mengawal kereta anda pada masa depan. Xiaomi kini sedang menguji keupayaan Mi 10 Ultra untuk mengawal kereta secara jauh melalui rangkaian 5G.

    Semalam, Xiaomi telah memuat naik sebuah gambar dalam Weibo yang menanyakan sama ada rangkaian 5G boleh membantu telefon pintar untuk mengawal kereta yang berada lebih ribuan batu jauhnya. Syarikat itu juga merancang untuk menganjurkan sebuah perlumbaan kereta maya yang melibatkan kereta sebenar melalui rangkaian 5G.

    Xiaomi tidak menjelaskan model kereta yang akan digunakan, namun ia mungkin adalah sebuah Mercedes-Benz berdasarkan laporan sebelum ini. Selain itu, naik presiden Xiaomi Chang Cheng juga memuat naik gambar yang menunjukkan fungsi kereta yang dikawal jauh. Beliau mengatakan teknologi ini menampilkan sebuah aplikasi kawalan jauh yang boleh menjejak kelajuan kereta serta menukar gear.

    Gambar yang dimuat naik oleh Chang Cheng, menunjukkan kebolehan telefon untuk mengesan kenderaan berhampiran.

    Mi 10 Ultra baru sahaja dilancarkan di China pada bulan lepas dan ia dijangka akan berada di Malaysia dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured