More

    POCO sedang bangunkan telefon dengan dwi-kamera 48MP

    POCO X3 NFC akan dilancarkan pada malam ini, namun jenama itu mungkin akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar pada tahun ini. POCO sedang menghasilkan telefon dengan rekaan yang serupa dengan POCO X3, namun ia hanya dilengkapi dua kamera.

    Menurut sumber, telefon itu mempunyai dwi-kamera termasuk kamera utama 48MP, tidak seperti X3 yang mempunyai empat kamera. Ia tidak mempunyai pengimbas cap jari di belakang, manakala di depan pula ia mempunyai kamera swafoto dalam lubang punch hole di bahagian tengah.

    Memandangkan POCO akan melancarkan POCO X3 pada hari ini dan POCO M2 pada hari esok, telefon ini mungkin tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Ia mungkin akan dilancar pada bulan depan atau akhir bulan ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured