More

    OPPO TV 55 inci dan 65 inci melepasi kelulusan, bakal hadir dalam masa terdekat

    Tidak hairan jika jenama yang sebelum ini popular dengan telefon pintar mula memasuki kelompok atau industri elektronik lain seperti televisyen pintar dan sebagainya. Terkini, OPPO bakal melancarkan OPPO TV dalam masa yang terdekat.

    Hal ini muncul dari berita mengenai OPPO TV model 55 inci dan 65 inci yang telah melepas kelulusan China Compulsory Certification (CCC/3C). Walau bagaimanapun, setakat ini kami masih ketiadaan maklumat mengenai spesifikasinya dengan lebih lanjut.

    Namun, terdapat juga penyenaraian alat kawalan televisyen pada senarai Bluetooth SIG. Ini bermakna TV pintar ini mungkin dilengkapi alat kawalan dengan sokongan Bluetooth.

    Terdahulu, realme turut melancarkan realme TV di pasaran India. Adakah OPPO TV bakal memiliki spesifikasi lebih kurang sama? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untu berita teknologi terkini.

    Sumber: technosports

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured