More

    3 model Samsung TV ‘pelik’ tiba di Malaysia: TV boleh putar skrin menegak berharga RM6,999

    Anda juga pasti sudah tahu bahawa Samsung bukan sahaja terkenal dengan telefon pintarnya, tetapi juga barangan elektronik lain termasuk lah televisyen (TV) pintar. Samsung Malaysia kini telah merasmikan tiga TV pintar baharu, The Frame, The Serif dan The Sero.

    Ketiga-tiga model mempunyai keunikan yang tersendiri. Keunikan The Sero agak menarik melalui skrinnya yang boleh diputar kepada mod potret secara menegak. Anda boleh menghubungkannya kepada telefon pintar anda secara wayarles (WiFi 5) atau Bluetooth. The Seri berukuran 43 inci, dengan paparan QLED 4K dan pilihan warna Navy Blue berharga RM6,999.

    The Sero
    The Frame

    TV pintar The Frame pula dilengkapi paparan sama QLED 4K, tetapi hadir dengan varian saiz 65 inci dan 55 inci. Anda juga boleh menghubungkan The Frame dengan peranti anda. Seperti namanya, ia boleh menjadi bingkai gambar di dinding rumah anda. Varian The Frame 55 inci berharga RM6,599, manakala varian 65 inci berharga RM10,999.

    The Serif hadir dengan ciri unik seperti lukisan kanvas yang dipamerkan oleh penongkat kanvas. Namun, ia bukan lukisan tetapi sebuah TV pintar! The Serif boleh didapati dengan harga RM6,499.

    The Serif

    Anda boleh memilih sendiri bingkai The Frame dengan empat pilihan warna; hitam, perang, kuning air dan putih dengan harga RM499. Studio Stand untuk The Serif pula berharga RM899 dan roda mudah alih untuk The Sero berharga RM299. Anda boleh melihat maklumat lanjut di laman rasmi disini.

    Apakah pendapat anda mengenai rekaan TV unik dan ‘pelik’ ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured