More

    Android 11 dilancar: Bubbles, rakaman skrin, alat kawalan jauh dan pelbagai fungsi baru

    Setelah pelbagai khabar sebelum ini, sistem operasi Android 11 akhirnya telah pun dilancar untuk telefon-telefon flagship terpilih serta Google Pixel. Android 11 menawarkan beberapa fungsi baru seperti Bubbles, perakam skrin, alat kawalan jauh untuk kelengkapan rumah, Android Auto dan banyak lagi.

    Dalam ruang pemberitahuan (notifications), sebarang mesej baru akan dikumpulkan dalam ruang khas agar pengguna boleh melihat semua mesej baru dengan lebih mudah. Bubbles pula berfungsi seperti Icons dalam Facebook Messenger, di mana terdapat logo berbentuk bulat yang memudahkan pengguna untuk membalas mesej tanpa bertukar-tukar aplikasi yang dibuka.

    Bubbles yang memudahkan pemesejan tanpa bertukar-tukar aplikasi

    Rakaman skrin juga telah diperkenalkan dalam Android 11, dengan bunyi yang boleh dirakam daripada mikrofon atau bunyi-bunyi aplikasi. Pengguna juga boleh mengawal alat kelengkapan rumah pintar dalam rumah mereka dengan menekan butang kuasa dalam beberapa saat.

    Android 11 kini boleh mengawal pelbagai kelengkapan elektronik dalam rumah.

    Selain alat kelengkapan rumah, Android 11 juga boleh dihubungkan dengan beberapa kenderaan terpilih melalui Android Auto. Pemandu boleh berinteraksi secara lisan melalui Google Assistant untuk mendapatkan arah, menghantar teks atau memainkan lagu.

    Pelbagai ciri-ciri baru dalam Android 11 diterangkan secara jelas dalam blog Google. Untuk ketahui sama ada telefon anda layak untuk mendapatkan Android 11, anda boleh semak di sini. Kongsikan fungsi baru kegemaran anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google Blog

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured