More

    Android 11 Go Edition untuk telefon RAM serendah 2GB hadir Oktober ini

    Beberapa hari lepas, Android 11 telah dilancarkan sepenuhnya untuk peranti yang menyokongnya. Terdapat juga pengoperasian Android 11 secara berperingkat bergantung kepada jenama telefon pintar. Menurut Google, Android 11 Go Edition untuk peranti kelas permulaan kini diumumkan.

    Tambah Google, masa pelancara aplikasi adalah 20% lebih singkat berbanding Android 10 G0 Edition. Android 11 Go Edition adalah untuk peranti dengan RAM serendah 2GB dengan naik taraf sekuriti dan privasi yang sama dengan Android 11.

    Terdapat juga sokongan gerakan-navigasi dan ciri baru pada Conversations. Android 11 Go Edition bakal hadir pada bulan Oktober hadapan. Apa pun, setakat ini kami masih tiada maklumat tentang jenama yang akan menerima kemas kini Android 11 Go Edition selain dari HMD Global/Nokia.

    Adakah anda mengguna peranti kelas permulaan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai peranti kelas permulaan dan Android 11.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...