Berita ura-ura mengenai Apple yang bakal menghasilkan telefon pintar boleh lipat tidak lagi asing. Terkini, sumber mendakwa Apple dilaporkan menempah sejumlah besar sampel dan contoh paparan/skrin boleh lipat dari Samsung.
Maklumat ini diperoleh dari pendedah maklumat terkenal Ice Universe di laman carian China, Weibo. Sejumlah skrin yang ditempah ini dikatakan menjadi sampel, mungkin untuk menguji peranti boleh lipat Apple.
Sememangnya, terdapat berita yang pernah menyatakan tentang Samsung yang mengeluarkan teknologi skrin boleh lipatnya kepada beberapa syarikat termasuk Apple. Maklumat ini mungkin sebenarnya menandakan bahawa Apple sedang giat berusaha untuk mengeluarkan peranti boleh lipatnya sendiri.
Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Baca berita lepas mengenai peranti boleh lipat seperti Samsung, Motorola dan lain-lain.
Sumber: MacRumors







