fbpx
More

    Ulasan Samsung Galaxy Buds Live – Fon telinga ANC berbentuk kacang yang selesa

    Apabila Samsung melancarkan siri Samsung Galaxy Note20, syarikat tersebut turut melancarkan fon telinga wayarles baharu: Samsung Galaxy Buds Live. Fon telinga ini telah menarik perhatian semua melalui rekaan uniknya. Ia merupakan fon telinga Samsung pertama dengan fungsi pembatalan hingar. Dengan harga RM699, sekarang kita lihat prestasi fon telinga wayarles ini!

    Bahagian pertama yang kita ingin lihat adalah bentuknya. Aspek ini mungkin aspek yang paling menarik pada Samsung Galaxy Buds Live. Bentuknya kelihatan seperti kacang soya. Ada juga yang mengatakan bentuknya seperti buah pinggang. Fon telinga ini bukan jenis yang dimasukkan ke dalam telinga sepenuhnya (plug in) seperti fon telinga wayarles lain, tetapi seperti aksesori telinga. Jadi, walaupun ianya melekap di telinga, anda tidak akan merasa seperti dimasukkan sepenuhnya ke dalam telinga (lebih selesa di dalam telinga).

    Bekas pengecasan yang kecil
    Seperti kotak cincin

    Mengenai warnanya, Samsung Galaxy Buds Live mempunyai 3 pilihan warna; Mystic Bronze, Mystic White dan Mystic Black. Menurut pengulas, versi Mystic Bronze adalah sangat menarik. Fon telinga ini mempunyai efek berkilau dan rekaan bekasnya adalah seperti kotak cincin.

    Mungkin anda akan disalah erti untuk melamar seseorang jika anda mengeluarkan bekas fon telinga ini di hadapan pasangan anda. Bekas pengecasannya memberi kemudahan kerana ia menyokong pengecasan wayarles, pengecasan Reverse Charging menggunakan siri flagship Samsung Galaxy.

    Kilauan emas yang cantik
    Bersaiz kecil
    Poin pengcasan di atas, pembesar suara di bawah

    Mungkin satu-satunya kelemahan fon telinga ini adalah rekaannya. Rekaannya sememangnya unik, tetapi terdapat pengguna yang memiliki bentuk telinga yang tidak sesuai dengan rekaan ini. Samsung Galaxy Buds Live melekap di telinga dengan dua cara; lekapan dan hanya seperti menggantungkannya. Jadi, jika bentuk telinga anda tidak sesuai, anda mungkin memerlukan masa untuk lebih selesa dengan fon telinga ini.

    Apa pun, terdapat panduan untuk memakai fon telinga ini. Setelah dipakai, pengulas tidak mempunyai masalah fon telinga jatuh walaupun dengan menggoncangkan kepala. Pengulas juga tidak mempunyai masalah apabila memakainya sepanjang hari.

    Seperti dimasukkan ke dalam telinga, tetapi ridak sepenuhnya. Ia tidak akan tertanggal dengan mudah

    Berkenaan audio, kita perlu menyemak spesifikasinya terlebih dahulu. Galaxy Buds Live hadir dengan pemacu 12mm yang diharmonikan oleh AKG. Ia juga mempunyai tiub bass yang boleh memberi kualiti audio yang baik. Apa pun, kami merasakan kelantangannya tidak mencukupi. Memandangkan ia bukan sejenis fon telinga masuk sepenuhnya ke dalam telinga, jadi pengalaman mendengar mudah terjejas dengan bunyi persekitaran. Jika ada kelantangan yang lebih tinggi, pengguna mungkin boleh mendengar muzik dengan lebih puas.

    Apa pula gunanya fungsi pembatalan hingar? Sememangnya, anda boleh mengaktifkannya untuk mengurangkan bunyi bising semasa menggunakan Buds Live. Namun, oleh kerana fon telinga ini adalah fon telinga yang tidak masuk ke dalam telinga sepnuhnya, prestasi pembatalan hingar agak terjejas. Semasa mengaktifkan pembatalan hingar di dalam bilik, bunyi penghawa dingin dan komputer disekat, tapi anda masih boleh mendengar bunyi enjin kereta dan sebagainya. Ia boleh mengurangkan bunyi bising, tetapi bukan memadamkan sepenuhnya.

    Kecil di telapak tangan. Berhati-hati, elakkan dari hilang begitu sahaja

    Apa pun, kualiti audionya adalah bagus. Bass yang mencukupi dan vokal yang jelas. Tiada audio yang berkualiti rendah seperti bunyi mikrofon. Yakin untuk kami katakan bahawa Galaxy Buds Live mampu memberi kualiti audio yang baik. Kualiti panggilan telefon, mikrofon dan radio adalah jelas dan baik. Orang yang menjawab panggilan pengulas boleh mendengar suara pengulas dengan jelas.

    Mengenai aspek audio game, malangnya terdapat sedikit isu kelewatan dalam Call of Duty: Mobile. Namun, prestasi sambungan dan kualiti audio yang baik memberi kelebihan semasa bermain game. Game lain seperti Asphalt 9 dan Honkai Impact 3 turut dimainkan dan pengalamannya memuaskan.

    Berkenaan jangka hayat bateri pula, Galaxy Buds Live tidak menjadi masalah dalam pengunaannya selama sehari. Pengulas tidak memainkan muzik tanpa henti, tetapi untuk penggunaan harian seperti kerja dan tontonan video dengan penggunaan lebih dari 4 jam masih meninggalkan baki bateri 30%. Ia boleh digunakan lebih lama dengan bekas pengecasannya, boleh bertahan sehingga 2 hari bergantung pada penggunaan. Menurut Samsung, pengecasan selama 5 minit boleh membekalkan penggunaan selama 1 jam. Namun, kami hanya mengecasnya pada waktu malam sebelum tidur dan bawa ke tempat kerja dengan bateri yang sudah penuh.

    Antara muka Galaxy Buds Live yang ringkas dan mudah difahami
    Fungsi tertentu pada operasi ‘tekan dengan lama’ (long press) boleh dipilih sendiri

    Jika anda ingin mengubah suai tetapan Galaxy Buds Live, anda boleh mengubahnya melalui tetapan aplikasi Samsung Wearable. Antara tetapan yang boleh diubah adalah pembatalan hingar dan penyama (equalizer). Operasi asas Galaxy Buds Live adalah klik satu kali (memainkan atau jeda), klik dua kali (lagu seterusnya), klik tiga kali (lagu sebelumnya) dan tekan dengan lama (fungsi tertentu). Fungsi menjawab panggilan juga menggunakan kaedah operasi sama, agak mudah untuk digunakan.

    Bercakap mengenai kelemahannya, fungsi pembatalan hingar mungkin boleh diperbaik. Samsung juga mungkin boleh mengaplikasikan rating tahan air atau habuk pada fon telinga ini kerana pengulas tidak menemui mana-mana maklumat mengenai rating tahan air atau habuk. Oleh itu, kami tidak galakkan anda membawa fon telinga ini untuk berenang. Jika ingin bersenam, pastikan anda mengelap peluh anda.

    Ada apa dalam kotak
    Aksesori ganti pada poin pengecasan dibekalkan. Boleh diganti bila perlu

    Sebagai kesimpulan, kami masih mencadangkan Samsung Galaxy Buds Live untuk dibeli dengan harga RM699. Kualiti audionya adalah sangat baik, beserta rekaannya yang unik. Namun, rekaannya menarik atau tidak bergantung kepada citarasa anda.

    Jika anda inginkan fungsi pembatalan hingar yang lebih baik, mungkin anda boleh pertimbangkan Sony WF-1000XM3 dengan harga yang lebih tinggi, RM949. Namun, kami percaya anda masih menyayangi wang dalam simpanan anda untuk membeli fon telinga dengan harga tinggi. Apa pun, Samsung Galaxy Buds Live menawarkan harga yang lebih rendah iaitu RM699.

    Kelebihan: Ringan dan mudah alih, reka bentuk unik, kualiti audio baik dan fungsi yang berguna

    Kelemahan: Pembatalan hingar kurang memuaskan, rekaan tidak sesuai dengan semua pengguna

    Kesimpulan: Fon telinga wayarles yang mempunyai kualiti audio, rekaan dan fungsi yang baik, dicadangkan untuk dibeli

    Adakah anda bersetuju dengan ulasan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X