More

    5 trend internet paling berpengaruh di Malaysia pada tahun 2020

    Tarikh keramat 16 September telah pun tiba pada hari ini, menandakan 57 tahun sejak penubuhan Persekutuan Malaysia yang menggabungkan negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Sambutan Hari Malaysia selalunya kerap dianjurkan secara besar-besaran di negeri-negeri Borneo, namun memandangkan pandemik COVID-19 yang masih belum reda, ia hanya akan disambut secara tertutup di Sibu, Sarawak dengan kehadiran 500 orang sahaja.

    Sungguh pun begitu, rakyat Malaysia tetap menzahirkan semangat patriotik dalam internet terutamanya di media sosial. Sebenarnya walaupun tahun 2020 ini dicemari dengan adegan COVID-19, rakyat Malaysia masih mampu memperkenalkan trend teknologi yang unik sepanjang berada di rumah. Sempena Hari Malaysia pada hari ini, mari kita lihat kembali apakah trend yang mendapat sambutan di kalangan orang kita sepanjang 2020 setakat ini.

    Pelbagai aktiviti fizikal kini dilakukan secara dalam talian

    Kalau anda berkata kepada sesiapa pun pada tahun 2019, “nak Solat Jumaat di masjid kena daftar dalam internet seminggu sebelumnya,” mesti anda akan diketawakan. Namun inilah salah satu contoh daripada pelbagai aktiviti yang kini memerlukan perkhidmatan digital untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat perlu menyesuaikan diri dengan cabaran unik sewaktu mengamalkan penjarakan sosial.

    Jika sebelum ini kita menggunakan wang kertas dalam urus niaga harian, kini penggunaan e-dompet semakin digalakkan untuk mengurangkan penyebaran kuman yang mungkin terdapat pada wang kertas. Jika sebelum ini boleh bermesyuarat dalam pejabat, kini panggilan video berkumpulan sahaja sudah memadai. Tontonan wayang pun tidak dibenarkan, maka lebih ramailah orang yang melanggan ke perkhidmatan pelayaran filem seperti Netflix. Kami di TechNave ini pun sudah biasa dengan pelancaran produk yang dibuat secara siaran langsung (live stream) sahaja.

    Kadang-kala aktiviti fizikal pun akan mempunyai unsur digital, seperti pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera sewaktu memasuki mana-mana premis.

    Kebangkitan chef-chef internet

    Sugu (kiri), Pavithra (paling kanan) dan anak-anaknya menjamu selera

    Sepanjang PKP, waktu sarapan, makan tengah hari dan malam menjadi agak sukar jika anda tidak biasa memasak. Alternatifnya, anda boleh sahaja memesan penghantaran makanan di Foodpanda atau Grab namun ia pasti memakan belanja yang besar jika dilakukan tiga kali sehari, sepanjang minggu.

    Di sinilah chef-chef internet mendapat tempat di kalangan warga internet di mana mereka membantu rakyat Malaysia untuk membiasakan diri di dapur. Mungkin chef internet yang paling terkenal pada tahun ini adalah pasangan suami-isteri Sugu Pavithra yang memuat naik resepi masakan kegemaran Malaysia dari dapur rumah mereka. Selain resepinya yang mudah diikut dan sedap, gaya persembahannya yang santai, sopan dan bersahaja berjaya mendapat tempat di kalangan hati rakyat Malaysia, tidak kira kaum.

    Selain Pavithra, chef-chef profesional turut memuat naik video yang mengajar asas masakan seperti Chef Sherson Lian yang menghasilkan video masakan di Instagram dengan menggunakan telefon pintarnya sahaja.

    "
    "

    Populariti TikTok naik mendadak

    TikTok memang adalah platform media sosial yang sudah pun terkenal sejak beberapa tahun lalu, namun situasi PKP membuatkan populariti media sosial ini naik dengan sangat pantas. Selepas pelbagai selebriti di Malaysia mencipta halaman TikTok mereka sendiri, semakin ramai netizen ingin mencuba trend tarian yang tular di TikTok, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak boleh keluar rumah untuk melakukan aktiviti fizikal.

    Bilangan trend TikTok yang popular amatlah banyak dan tidak mungkin boleh disenaraikan di sini, namun antara yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia adalah Flying Challenge, No Rush Challenge dan Dalgona Coffee. Dan sudah tentu, siapa boleh lupa dengan remix ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin “Ke sana, ke sini” yang dijadikan muzik dalam pelbagai video di TikTok dan lain-lain media sosial.

    Meme internet – Daripada M Nasir hinggalah Makcik Kiah

    Potensi rakyat Malaysia untuk menghasilkan trend meme boleh tahan hebatnya. Awal tahun ini, Twitter dan Instagram dibanjiri dengan meme babak-babak M Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang. Pelbagai kapsyen lucu diletakkan dengan gambar M Nasir yang segak bertanjak merah dan menghunuskan keris.

    Selain itu, nama Makcik Kiah juga disambut baik oleh netizen Malaysia selepas nama tersebut digunakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin demi menggambarkan hidup kebanyakan rakyat Malaysia.

    Sumber: Instagram Masato Kenya

    Penghargaan tidak terhingga buat para pekerja kesihatan dan warga frontliners

    Gambar daripada laman Facebook Kementerian Kesihatan.

    Sejak permulaan wabak ini pada awal tahun, netizen tidak putus-putus mezahirkan kata sokongan dan penghargaan buat para doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus merawat para pesakit, mengorbankan masa dan tenaga mereka malah meletakkan diri mereka sendiri dengan risiko jangkitan COVID-19 demi melindungi rakyat Malaysia. Penghargaan yang tinggi seperti ini jarang berlaku sebelum kedatangan pandemik COVID-19.

    Jika nama Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham tidak begitu dikenali sebelum ini, kini beliau disanjung sebagai hero di kalangan netizen atas sumbangannya dalam membendung wabak parah ini. Tidak kurang juga kepada anggota polis, tentera, penghantar makanan serta semua pekerja barisan hadapan, netizen Malaysia amat menghargai pengorbanan mereka.

    Inilah trend internet yang paling popular di Malaysia pada tahun ini setakat bulan ini. Apakah trend internet kegemaran anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Selamat Hari Malaysia kepada para pembaca!!

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...