More

    Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE dilancarkan: Ciri pantau oksigen dalam darah, bermula ~RM1,152

    Melalui sebuah acara Apple pada awal pagi ini, Apple telah melancarkan dua produk dan Apple Watch adalah salah satunya. Apple Watch kali ini bukan sahaja terdiri daripada Apple Watch Series 6, tetapi Apple Watch SE yang lebih berpatutan. Jam tangan pintar khas dari Apple ini hadir dengan penawaran naik taraf spesifikasi yang lebih baik dari generasi terdahulu.

    Apple Watch Series 6 hadir dengan ciri kesihatan yang lebih baik. Penjejak SpO2 kini membantu anda untuk mengetahui tahap saturasi oksigen dalam kandungan darah anda dan ukurannya boleh membantu mengetahui tahap kesihatan anda.

    Jam tangan pintar baharu ini hadir dengan pengoperasian cip yang selancar iPhone 11, tetapi disesuaikan dengan operasi jam tangan pintar, iaitu cip S6. Tambahan pula, sensor cap jari Touch ID pada jam tangan pintar ini ada pada butang kuasa di sebelah sisi.

    Melalui siri jam tangan pintar baharu ini, terdapat latar belakang baharu yang boleh ditetapkan seperti penggunaan memoji anda sendiri dan paparan skrin Always-On Display Retina.

    Lebih menarik, anda boleh mengetahui masa-masa emas untuk fungsi fotografi melalui jam tangan pintar anda; contohnya Golden Hour di waktu senja. Apple Watch Series 6 bermula pada harga $399 (~RM1,648).

    Apple Watch SE

    Apple turut mengumumkan Apple Watch SE dengan harga yang lebih berpatutan berbanding siri jam tangan pintar Apple yang biasa. Berita ini mungkin berita yang menggembirakan untuk peminat Apple Watch.

    Lebih menarik, ia masih hadir dengan ciri-ciri jam tangan pintar seperti paparan notifikasi dan penjejak kesihatan. Perbezaannya hanyalah pada cip S5 yang digunakan dan ketiadaan ciri Always-On Retina pada paparannya, berbanding cip S6 pada Apple Watch Series 6. Apple Watch SE dilancarkan dengan harga $279 (~RM1,152).

    Untuk peminat di Malaysia, anda boleh membaca berita mengenai harga rasmi Apple Watch SE dan harga rasmi Apple Watch Series 6 Malaysia di pautan ini (sedang dikemas kini).

    "
    "

    Apakah pandangan anda mengenai Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured