fbpx
More

    GoPro HERO9 Black dilancar di Malaysia: Rakaman 5K, skrin berwarna bermula RM2,099

    GoPro hari ini telah melancarkan GoPro HERO9 Black di Malaysia, produk terbaru dalam barisan kamera sukan yang terkenal ini. Antara ciri-ciri menarik yang diperkenalkan dalam HERO9 Black adalah rakaman dalam resolusi 5K, penstabilan imej HyperSmooth 3.0 dan skrin hadapan 1.4 inci berwarna untuk kegunaan swafoto atau vlog.

    Skrin sentuh di belakang HERO9 Black pula adalah lebih besar berbanding HERO8 iaitu berukuran 2.27 inci. HERO9 Black juga menjanjikan hayat bateri yang lebih lama sebanyak 30% berbanding model sebelum ini.

    HERO9 turut mempunyai permukaan lensa yang boleh diubah untuk membesarkan medan penglihatan, tiga mikrofon dengan teknologi pembatalan hingar yang diperbaharui serta menyokong siaran langsung 1080p ke dalam media sosial atau sebagai webcam untuk panggilan video.

    Setiap HERO9 Black akan dijual bersama beg travel case yang boleh diguna berulang kali. Ini juga bertujuan untuk mengurangkan plastik yang digunakan dalam setiap pembungkusan HERO9 Black.

    HERO9 Black boleh dibeli di Malaysia bermula hari ini pada harga RM2,099. 400 orang pelanggan pertama akan diberikan sebuah lagi bateri dan peluang untuk memenangi hadiah menarik seperti baucar RM1,000.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HERO9 Black dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Microsoft umumkan pelaburan ~RM10.5 bilion untuk tingkatkan teknologi AI dan “cloud” dalam Malaysia

    Dalam acara Microsoft Build: AI Day yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini, CEO Microsoft Satya Nadella mengumumkan bahawa syarikat teknologi...

    Siri HUAWEI Pura 70 kini boleh ditempah di Malaysia, harga bermula RM3,699

    Hari ini, HUAWEI Malaysia membuat pengumuman mengejut mengenai harga dan ketersediaan Siri HUAWEI Pura 70. Dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia, tempahan Pura...

    Prestasi kamera telefoto, pemandangan malam vivo X100 Ultra meningkat dengan ketara

    Pengurus produk vivo, Han Boxiao menyiarkan hantaran di Weibo hari ini mencadangkan bahawa telefon pintar vivo generasi baharu iaitu vivo X100 Ultra...

    Whatsapp kini benarkan ‘pin’ 3 mesej dalam sembang

    WhatsApp telah meningkatkan ciri-cirinya untuk menampung interaksi kumpulan besar, bertujuan untuk bersaing dengan platform seperti Telegram dan Discord. Baru-baru ini, ia meningkatkan...

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X