More

    Harga ramalan terbaru iPhone 12: Tanpa pengecas, RAM 6GB, bermula dari ~RM3,081

    Ramalan-ramalan harga siri iPhone 12 sudah mula menular sejak beberapa bulan yang lepas. Ramalan ini biasanya bukan untuk meneka semata-mata, tetapi pendedah maklumat biasanya meramal berdasarkan ura-ura spesifikasi dan harga model yang sebelumnya. Terkini, terdapat harga ramalan baharu untuk siri iPhone 12 yang mungkin dilancarkan pada Oktober ini.

    Seperti yang kami sudah maklumkan, ura-ura lepas memaparkan markah AnTuTu untuk sebuah iPhone 12 Pro Max dengan RAM 6GB + storan 128GB yang tidak memenuhi jangkaan peminat untuk peranti janaan Apple A14 Bionic. Apa pun, terdapat faktor yang mungkin menyumbang kepada markah tersebut (baca disini).

    Sepintas lalu, siri terbaru peranti Apple yang bakal hadir terdiri daripada iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 Max 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci. Sumber terkini meramalkan harga iPhone 12 bakal bermula dari $749 (~RM3,081), sama seperti sumber lepas yang kami pernah laporkan.

    Tambahan pula, Apple baru-baru ini telah mengesahkan ketiadaan pengecas (hanya dibekalkan kabel wayar) untuk Apple Watch terbaru. Perkara ini seperti penanda awal untuk ura-ura bahawa pengecas untuk iPhone 12 juga tidak disertakan bersama (dijual berasingan).

    Gambar tidak rasmi iPhone 12

    Berdasarkan harga ramalan yang bermula dari $749 (~RM3,081), ura-ura ketiadaan pengecas, RAM 6GB, adakah harga ini sesuai dengan spesifikasinya? Anda boleh baca spesifikasi kamera dan lain-lain mengenai iPhone 12 di pautan ini. Beritahu pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina melalui Weibo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured