More

    Spesifikasi penuh Google Pixel 5 bocor, mungkin berharga ~RM2481

    Telefon flagship Google iaitu Google Pixel 5 akan dilancarkan pada minggu hadapan, 30 September ini. Berdasarkan sumber terkini dari Jerman, spesifikasi penuh telefon ini telah pun tertiris.

    Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, Pixel 5 akan dilengkapi dengan cipset kelas pertengahan iaitu Snapdragon 765G yang hanya akan menyokong jaringan Sub-6 5G dan tidak menyokong mmWave 5G.

    Selain itu, telefon ini akan hadir dengan skrin 6 Inci OLED dengan kadar segar semula 90Hz serta sokongan HDR. Ia juga akan dilengkapi dengan perlindungan skrin Gorilla Glass 6 dan akan mempunyai sensor cap jari konvensional pada panel belakang telefonnya.

    Sedikit mengejutkan, Pixel 5 dikatakan akan hadir dengan RAM 8GB serta storan sebesar 128GB.

    Pada bahagian belakang telefon ini, ia akan dilengkapi dengan dua kamera dengan kamera utama 12.2MP serta kamera ultra lebar 16MP. Pada bahagian depan, ia akan menggunakan satu kamera swafoto 8MP. Kamera utama Pixel 5 mampu untuk merakam video sehingga 4K 60fps manakala kamera swafotonya hanya pada 1080P 30fps.

    Bateri telefon ini adalah 4,080mah dan mempunyai pengecasan pantas 18W. Ia juga akan menyokong cas wayarles dan cas wayarles terbalik. Pixel 5 juga dikatakan akan hadir dengan pembesar suara stereo, sokong NFC dan satu slot kad SIM.

    Ia juga mempunyai pengiktirafan ketahanan air dan debu, IP68 dan rangkanya diperbuat daripada 100% aluminium yang dikitar semula.

    Telefon ini akan hadir dengan perisian Android 11 dari hari pertama dilancarkan dan akan ditawarkan dengan dua warna iaitu hijau dan hitam. Untuk harga pula, Pixel 5 dijangka akan dijual pada tanda harga sekitar $599(~RM2481).

    "
    "

    Bagaimana dengan spesifikasi penuh Pixel 5 yang tertiris ini? Adakah anda teruja untuk membeli telefon ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured