More

    Spesifikasi dan harga siri HUAWEI Nova 8 bocor, harga bermula ~RM2020

    HUAWEI dijangka akan melancarkan telefon siri Nova 8 terbaru mereka pada hujung tahun ini. Berdasarkan sumber terkini, beberapa spesifikasi untuk Nova 8 dan Nova 8 Pro telah tertiris termasuk harganya sekali.

    HUAWEI Nova 8 dikatakan akan menggunakan cipset Dimensity 820. Namun, sumber yang sama juga menyatakan cipset tersebut adalah eksklusif kepada Redmi buat masa ini tetapi eksklusiviti tersebut bakal berakhir pada bulan Disember tahun ini. Nova 8 juga dikhabarkan akan hadir dengan skrin OLED dengan kadar segar semula 90Hz.

    Manakala untuk Nova 8 Pro pula, ia bakal hadir dengan cipset flagship Mediatek iaitu Dimensity 1000+. Selain itu, Nova 8 Pro juga dijangka akan menggunakan skrin OLED dengan kadar segar semula setinggi 120Hz.

    Untuk harga kedua-dua telefon ini, Nova 8 mungkin akan dijual sekitar ¥3299(~RM2020) dan Nova 8 Pro pada ¥3999(~RM2449).

    Sumber dari Weibo

    Ini tidak mengejutkan bahawa peranti baru HUAWEI ini menggunakan cipset Mediatek kerana penghasilan cipset Kirin keluarannya sebelum ini terpaksa dihentikan akibat halangan dari Amerika Syarikat.

    Andakah anda teruja dengan telefon siri Nova 8 ini? Kongsikan bersama kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured