More

    vivo V20 SE dilancar di Malaysia: Snapdragon 665, AMOLED, cas pantas 33W berharga RM1,199

    Terkini, vivo Malaysia telah melancarkan vivo V20 SE di pasaran Malaysia, salah satu daripada keluarga siri vivo V20. vivo V20 SE hadir dengan penawaran spesifikasi yang agak baik untuk peranti kelas pertengahan.

    Selari dengan keperluan pengguna, vivo V20 SE turut hadir dengan ciri teknologi tersendiri selain daripada spesifikasi asasnya. Antara ciri teknologinya adalah Super Night Mode atau Multi Turbo dan Ultra Game Mode untuk pengalaman gaming yang baik. Anda boleh semak spesifikasi asas seperti di bawah atau semak spesifikasi lanjut disini.

    • Cipset Snapdragon 665
    • RAM 8GB + storan 128GB
    • Paparan 6.44 inci FHD+ AMOLED
    • Kamera swafoto 32MP
    • Kamera utama 48MP + 8MP + 2MP
    • Bateri 4100mAh dengan pengecasan pantas FlashCharge 33W
    • Sokongan Jovi AI
    • Funtouch OS berasaskan Android 10
    • Pilihan warna Gravity Black dan Oxygen Blue

    vivo V20 SE ini bakal tersedia di Malaysia bermula 24 September 2020 dengan harga RM1,199. Jika anda mendapatkannya pada tarikh 24 hingga 2 Oktober 2020, anda layak membawa pulang hadiah eksklusif bernilai RM199.

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured