More

    Punca Internet perlahan sejak kebelakangan ini: TM sahkan kabel bawah laut rosak

    Jika anda ada mengalami masalah Internet yang tidak ketara sejak kebelakangan ini seperti sambungan yang tidak konsisten atau terdapat kelewatan dari biasa, mungkin ini adalah puncanya. Telekom Malaysia (TM) mengesahkan bahawa terdapat kabel bawah laut yang mengalami kerosakan.

    Menurut sumber, kerosakan ini berlaku pada sambungan di antara Malaysia dan Hong Kong dalam sistem kabel bawah laut Asian-America Gateway (AAG). Namun menurut TM, kerosakan adalah pada sambungan di antara Mersing dan Lantau sejak 30 Ogos 2020 lalu. Untuk kabel AAG, tiada kesan besar yang dapat dilihat memandangkan trafik telah diubah arah ke laluan alternatif lain untuk mengurangkan kesan dari kerja baik pulih kabel AAG.

    Apa pun, kerja-kerja baik pulih untuk kabel Mersing-Lantau telah dijalankan dan dijangka tamat pada 5 Oktober 2020. Untuk pengguna Internet TM di Malaysia, mungkin terdapat kekurangan yang tidak ketara pada rangkaian anda.

    Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lowyat

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured