More

    OnePlus Nord N10 5G mungkin dilancarkan 14 Oktober ini dengan Snapdragon 690 5G

    OnePlus telah melancarkan telefon kelas pertengahannya yang pertama, OnePlus Nord 5G, beberapa bulan yang lepas dan ianya mendapat penerimaan yang baik dari orang ramai . Kini, OnePlus dijangka akan melancarkan sebuah lagi telefon kelas pertengahan yang diberi nama OnePlus Nord N10 5G pada 14 Oktober ini.

    OnePlus Nord telah mengacah sebuah gambar di media sosial Instagramnya dengan tulisan tangan logo OnePlus berwarna hitam dengan kapsyen “#ComingSoon”. Gambar ini mengesahkan bahawa sebuah lagi telefon OnePlus Nord bakal memasuki pasaran tidak lama lagi.

    View this post on Instagram

    #ComingSoon

    A post shared by OnePlus Nord (@oneplus.nord) on

    Untuk spesifikasi pula, OnePlus Nord N10 5G dijangka akan hadir dengan skrin FullHD+ 6.49 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dikatakan akan menggunakan cipset Snapdragon 690 5G bersama RAM 6GB serta storan 128GB. Tambahan lagi, ia akan menggunakan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan dua kamera 2MP.

    OnePlus Nord N10 5G ini dijangka akan dijual pada tanda harga kurang dari $400 (~RM1669). Selain dari Nord N10 5G ini, OnePlus juga dijangka akan melancarkan telefon flagship terbarunya iaitu OnePlus 8T pada hari yang sama.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti terbaru OnePlus di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured