More

    OnePlus 8T dengan RAM 12GB + Snapdragon 865 muncul, mungkinkah OnePlus 8T Ultra?

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai ketiadaan OnePlus 8T Pro pada tahun ini yang telah disahkan oleh CEO syarikat itu tersendiri. Kini, satu lagi model atau varian OnePlus 8T dilihat muncul di GeekBench dengan RAM 12GB dan cipset Snapdragon 865.

    Seperti yang anda dapat lihat pada gambar di bawah, peranti dengan nombor model OnePlus KB2000 ini hadir dengan spesifikasi RAM 12GB. Markah Single-Core ialah 3843, manakala markah Multi-Score ialah 11714. Oleh kerana CEO OnePlus sudah mengesahkan ketiadaan OnePlus 8T Pro, maka mungkin ini adalah varian OnePlus 8T RAM 12GB atau OnePlus 8T Ultra.

    Sepintas lalu, OnePlus 8T dilaporkan akan hadir dengan Snapdragon 865, skrin 120Hz Fluid AMOLED dan pengecasan pantas WarpCharge 65W (mengecas penuh bateri 4500mAh pada OnePlus 8T selama 39 minit sahaja, manakala pengecasan lebih kurang 58% selama 15 minit sahaja.

    Sementara menunggu OnePlus 8T yang akan dilancarkan pada 14 Oktober ini, anda boleh membaca berita lepas mengenai spesifikasinya.

    Adakah anda berminat dengan OnePlus 8T? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured