More

    64 perisian hasad ‘Joker’ di stor aplikasi Android ini boleh curi maklumat anda

    Perisian hasad (malware) untuk telefon pintar mudah alih sudah lama berada di dalam industri ini. Dalam tempoh sedemikian, antara kumpulan yang sering mendapat bencana ini adalah peranti Android. Terkini, gelombang perisian hasad dikenal pasti telah membanjiri stor aplikasi Android. Lebih jelas, perisian hasad ini dikenali sebagai ‘Joker’.

    Menurut sumber, beberapa aplikasi dalam stor aplikasi berasaskan Android (termasuk Google Play Store) menyembunyikan salah satu dari 64 varian perisian hasad Joker. Kesemua ini sebenarnya bercirikan Trojan yang sebenar, tetapi dengan kod jahat yang boleh mencuri maklumat SMS anda.

    Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk melanggan perkhidmatan premium seperti nada dering Maxis Unlimited (servis ini masih ada ya). Jika anda ingin membaca maklumat lanjut mengenai Joker, anda boleh melihat perkongsian blog Zimperium.

    Carta aliran kerja-kerja perisian hasad Joker

    Google telah mula memburu dan memusnahkan aplikasi sebegini dalam Google Play Store, tetapi usaha yang dilakukan oleh stor aplikasi pihak ketiga (third party app store) mungkin tidak seperti pihak Google. Untuk itu, kami menasihatkan anda untuk berhati-hati apabila memuat turun aplikasi dan imbas aplikasi dengan perisian anti-virus di telefon pintar anda.

    Adakah anda memasang anti-virus pada telefon anda? Apakah langkah selamat yang anda amalkan untuk melindungi telefon anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Zimperium melalui TechSpot

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured