More

    Siri Xiaomi Mi 10T dilancar: Kamera 108MP, skrin 144Hz, Snapdragon 865, cas pantas 33W bermula ~RM2,427

    Xiaomi hari ini telah melancarkan siri telefon pintar terbaru dalam siri Mi 10 iaitu Mi 10T yang terdiri daripada Mi 10T, Mi 10T Pro dan Mi 10T Lite. Ciri menarik yang terdapat pada siri telefon ini adalah kamera 108MP dengan penstabilan imej optikal, skrin 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan cipset Snapdragon 865.

    Berikut adalah spesifikasi penuh Mi 10T Pro:

    • Cipset Snapdragon 865
    • Skrin DotDisplay berukuran 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula AdaptiveSync sehingga 144Hz, menyokong HDR10
    • Skrin Corning Gorilla Glass 5
    • RAM LPDDR5 8GB
    • Storan UFS 3.1 128GB atau 256GB
    • Kamera 108MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera makro 5MP
    • Rakaman video sehingga 8K 30fps
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio
    • Penyejukan LiquidCool Technology
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • EUR599 (~RM2,913) untuk varian 8GB+128GB, EUR649 (~RM3,156) untuk varian 8GB+256GB

    Berikut adalah spesifikasi penuh Mi 10T:

    • Cipset Snapdragon 865
    • Skrin DotDisplay berukuran 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula AdaptiveSync sehingga 144Hz, menyokong HDR10
    • Skrin Corning Gorilla Glass 5
    • RAM LPDDR5 6GB atau 8GB
    • Storan UFS 3.1 128GB
    • Kamera 64MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera makro 5MP
    • Rakaman video sehingga 8K 30fps
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio
    • Penyejukan LiquidCool Technology
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • EUR499 (~RM2,427) untuk varian 6GB+128GB, EUR549 (~RM2,670) untuk varian 8GB+128GB

    Berikut adalah spesifikasi Mi 10T Lite:

    • Cipset Snapdragon 750G
    • Skrin dengan kadar segar semula AdaptiveSync sehingga 120Hz
    • RAM 6GB
    • Storan 64GB atau 128GB
    • Empat kamera termasuk kamera utama 64MP
    • Bateri 4,820mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • EUR249 (~RM1,211) untuk varian 6GB+64GB, EUR329 (~RM1,600) untuk varian 6GB+128GB

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured