More

    Mesin bayar parkir DBKL ditamatkan perkhidmatan, kini hanya terima bayaran dalam talian

    Mulai hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan lagi menggunakan mesin pembayaran di tepi jalan untuk sebarang pembayaran tempat letak kereta. Untuk menggantinya, DBKL akan memperkenalkan kaedah baru untuk bayaran letak kereta iaitu menggunakan e-dompet.

    Pengguna boleh memilih antara empat e-dompet yang diiktiraf DBKL iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash. Di samping itu, DBKL juga sedang berusaha untuk menambah Boost dan Touch n Go e-Wallet dalam senarai e-dompet yang boleh digunakan. Kadar bayaran letak kereta juga masih dikekalkan.

    Norma baharu bayaran tempat letak kereta di WPKL.Kaedah baharu bayaran petak tempat letak kereta bahu jalan di WPKL…

    Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Rabu, 30 September 2020

    Pas harian dan bulanan untuk letak kereta juga masih belum beroperasi dan akan diperkenalkan apabila sistem DBKL sudah dinaik taraf. Permohonan untuk ruang petak khas masih dibuka seperti biasa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured