More

    Harga siri Xiaomi Mi 10T di Malaysia sah bawah RM2000! Snapdragon 865, 108MP, 144Hz

    Untuk pengetahuan anda, Xiaomi Malaysia bakal melancarkan siri Xiaomi Mi 10T di pasaran Malaysia pada 6 Oktober 2020. Terkini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa harga rasmi untuk varian Xiaomi Mi 10T Pro adalah di bawah RM2000.

    Maklumat ini diperoleh dari siaran di laman Facebook Xiaomi Malaysia. Anda boleh melihat sendiri poster acahan pelancaran siri Xiaomi Mi 10T ini disertakan dengan harga RM1XXX. Jika Xiaomi Mi 10T Pro berharga bermula dengan angka RM1XXX, ini bermakna varian lain adalah lebih murah.

    Attention please…🙂🙂🙂#PowerYourCreativity

    Posted by Xiaomi Malaysia on Khamis, 1 Oktober 2020

    Sepintas lalu, siri ini terdiri daripada Xiaomi Mi 10T, Mi 10T Pro dan Mi 10T Lite dengan janaan cipset Snapdragon 865 untuk varian standard dan Pro, serta Snapdragon 750G (cipset baharu Qualcomm) untuk varian Lite.

    Anda boleh menyemak berita pelancaran siri Xiaomi Mi 10T yang lepas atau semak spesifikasi lanjutnya melalui pautan di bawah:

    Xiaomi Malaysia turut menganjurkan pertandingan memenangi hadiah percuma Mi 10T pro dan Mi Smart Band 5. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang tertera pada siaran di bawah.

    🔥Mi 10T Series: Power Your Creativity Giveaway! 🔥Since Mi 10T Series is coming to Malaysia on 6th Oct,Let's welcome…

    Posted by Xiaomi Malaysia on Rabu, 30 September 2020

    Berapakah harga ramalan anda berdasarkan berita ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured