Samsung telah pun mengumumkan telefon pintar kelas pertengahan Galaxy A42 5G secara ringkas pada awal bulan September 2020, namun spesifikasinya masih tidak diberitahu dengan mendalam. Kini Samsung Jerman telah memberikan maklumat lanjut tentang telefon ini serta harga untuk pasaran negara itu.
Galaxy A42 5G dilengkapi skrin Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.6 inci, bateri 5,000mAh dan sokongan pengecasan pantas. Daripada segi kamera pula, ia akan dilengkapi empat kamera di belakang iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 5MP. Untuk kamera swafoto pula, telefon ini mempunyai kamera 20MP.
Galaxy A42 5G akan ditawarkan dalam warna hitam, putih dan kelabu serta akan dijual pada harga bermula EUR369 (~RM1,797). Ia juga dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 750G, RAM 4GB dan storan 128GB atau 64GB.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy A42 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Samsung Jerman






