More

    realme akan lancarkan Buds Air Pro, Buds Wireless Pro dengan ciri ANC 7 Oktober ini

    Anda pasti sudah mengetahui trend terkini jenama telefon pintar yang turut mengeluarkan produk fon telinga jenis TWS (True Wireless Stereo) sendiri. Terkini, realme akan melancarkan dua lagi fon telinga wayarles pada 7 Oktober ini iaitu; realme Buds Air Pro dan realme Wireless Pro.

    Maklumat ini diperoleh dari CEO realme sendiri yang memuat naik poster pelancaran kedua-dua produk ini. Ia bakal dilancarkan pada 7 Oktober ini dengan spesifikasi fungsi ANC (Pembatalan Hingar Aktif) dan Super Latensi Rendah, serendah 94ms.

    Melalui poster, anda boleh melihat realme Buds Wireless Pro yang ditujukan untuk peminat fon telinga jalur leher baju (neckband), manakala realme AirBuds Pro hadir dengan rekaan seperti fon telinga terkini.

    Adakah anda berminat dengan fon telinga ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured