More

    Microsoft Surface Pro X, Surface Laptop Go diumum: Ciri skrin sentuh premium bermula ~RM2,288

    Jika anda adalah peminat Microsoft, ini mungkin berita gembira untuk anda. Microsoft telah mengumumkan dua peranti baharu, iaitu komputer riba dan tablet premium untuk pengguna yang inginkan harga berpatutan. Dua peranti mudah alih baharu ini adalah; Surface Laptop Go dan Surface Pro X.

    Surface Laptop Go ialah komputer riba yang lebih berpatutan dalam siri Surface Laptop. Untuk itu, spesifikasinya hanyalah biasa sahaja. Namun, ia dioperasikan oleh Intel Generasi Ke-10 Core i5-1035G1, RAM LPDDR4X 8GB, eMMC 64GB atau storan SSD sehingga 256G . Ia turut hadir dengan skrin boleh sentuh 12.4 inci dengan resolusi maksimum 1536 x 1024.

    Walaupun ianya cuma komputer riba dengan beberapa spesifikasi biasa, tetapi terdapat juga ciri sensor cap jari pada butag kuasa, pembesar suara Omnisonic, pengecas pantas, kamera 720p, mikrofon berkelas studio dan pad sesentuh yang lebih responsif. Surface Laptop G lengkap dengan port USB-C, USB-A, sokongan WiFi 6 dan Bluetooth 5.0.

    Surface Pro X pula adalah tablet premium yang dilengkapi pemproses ARM. Ia menggunakan Microsoft SQ 1 dan SQ 2; cip khas yang dibangunkan oleh Qualcomm. Tablet ini hadir dengan RAM LPDDRX4 16GB dan storan SSD sehingga 512GB. Ia dilengkapi paparan skrin sentuh berukuran 13 inci beresolusi 2880 x 1920 dan dioperasikan oleh Windows berasaskan ARM.

    Selain itu, Surface Pro X dilengkapi dua port USB-C, sokongan Gigabit LTE, mikrofon berkelas studio, pengecasan wayarles *untuk pen dan penongkat terbina dalam. Ia juga dilengkapi pembesar suara stereo yang menyokong Dolby Atmos dan kamera 10MP yang menyokong rakaman 4K.

    Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Laman web rasmi Microsoft memaparkan harga di pasaran AS bermula pada $549.99 (~RM2,288) untuk Surface Laptop Go dan $999.99 (~RM4,160) untuk tablet premium Surface Pro X.

    Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Microsoft

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured