fbpx
More

    Apakah Custom ROM untuk Android, adakah ia bagus?

    Mungkin anda sebelum ini kebingungan dan mempunyai persoalan mengenai istilah yang sering diperdengarkan oleh pengguna Android, Custom ROM. Kami mungkin tidak boleh menjawab kesemua soalan anda, namun kami akan memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai Custom ROM.

    Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, ROM (Read Only Memory) ialah ingatan baca sahaja dan kandungannya tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Kami biasa menyebutnya dengan storan. Berbeza dengan dunia Android, Custom ROM merujuk kepada perisian tegar (firmware) berasaskan Android pada peranti anda yang diubah suai untuk tujuan perubahan seperti antara muka, ketahanan bateri, prestasi dan banyak lagi.

    Ada apa dengan Custom ROM

    Untuk pengetahuan anda, peranti Android anda sudah memiliki ROM asal iaitu Stock ROM. Oleh kerana Android mengamalkan prinsip sumber terbuka (open source), jadi ramai pembina bebas untuk mengubah suai ciri atau sistem fail dalam Android. Definisi Custom ROM menurut kami adalah mod pengubahsuaian Android yang diubah mengikut tujuan tertentu pengguna.

    Untuk mengubah suai Stok Android, anda perlu melalui beberapa langkah tertentu. Mungkin ianya kerja mudah untuk pengguna yang sering melakukan Custom ROM, tetapi membahayakan untuk pengguna yang tidak mahir. Kami tidak akan terangkan disini memandangkan penulisan ini hanya untuk membawa anda mengenali Custom ROM sahaja.

    Gambar ihsan: ClickItOrNot.com

    Penggunaan Custom ROM pada masa kini bergantung kepada kepuasan pengguna. Hal ini kerana kebanyakan peranti kelas permulaan (entry level) kini sudah boleh menggunakan ciri canggih dan menarik, serta mempunyai prestasi Stock ROM yang sudah memuaskan. Kepuasan ini membuatkan pengguna tidak perlu lagi untuk menggunakan Custom ROM.

    Namun, bergantung kepada selera pengguna, terdapat juga pengguna yang inginkan kelebihan tertentu pada perantinya. Custom ROM biasanya boleh dilakukan pada hampir keseluruhan peranti Android seperti telefon pintar, tablet atau jam tangan pintar, tetapi ada juga jenama yang tidak membenarkan kerja-kerja Custom ROM ini atau anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk dapat keizinan. AMARAN: Buat carian dahulu sebelum membuat keputusan untuk Custom ROM!

    Kelebihan Custom ROM

    Antara kelebihan Custom ROM adalah anda boleh mengubah suai antara muka atau tetapan peranti anda. Contohnya, anda boleh menggunakan mana-mana ciri teknologi canggih seperti bar notifikasi, ikon dan mod tertentu yang mencantikkan lagi sistem antara muka peranti anda.

    Selain itu, anda juga boleh memaksimumkan prestasi peranti anda dan mengoptimumkan kestabilan. Anda boleh menguruskan prestasi kelancaran peranti anda sendiri.

    Gambar ihsan: GSMArena

    Tambahan pula, anda boleh mengubah suai mengikut selera kuasa bateri anda. Contohnya, anda boleh memadam perisian remeh (bloatware) untuk storan yang lebih besar dan bateri yang lebih tahan lama.

    Itu sahaja beberapa bayangan kelebihan Custom ROM yang anda boleh dapatkan. Ada banyak lagi kelebihannya dan anda boleh memulakan carian mengenainya sekarang jika anda berminat.

    Keburukan Custom ROM

    Setiap perkara ada keburukannya. Sama juga seperti Custom ROM. Pengoperasian Custom ROM boleh mengundang kepada kerugian jika anda tidak mahir atau kurang mahir. Peranti anda boleh mati begitu sahaja dan tidak dapat diselamatkan jika tersalah langkah.

    Untuk peranti baharu pula, amalan Custom ROM mungkin akan membatalkan waranti atau jaminan tertentu. Anda boleh merujuk kepada khidmat pelanggan jenama peranti untuk bertanya maklumat lanjut mengenai hal ini.

    Gambar ihsan: digitaltrends.com

    Mengenai isu keselamatan pula, anda mungkin perlu mengkaji terlebih dahulu apakah langkah selamat untuk memproses Custom ROM. Selain itu, anda perlu memastikan bahawa jenis Custom ROM yang digunakan adalah selamat digunakan (biasanya anda boleh pilih Custom ROM yang popular). Tidak mustahil untuk pembina yang juga penggodam membina ROM untuk mencuri data anda. Terdapat juga isu dimana Custom ROM tidak sesuai dengan peranti yang mungkin membuatkan peranti panas dan sebagainya.

    Kesimpulan – Adakah ia bagus?

    Risiko tertentu pastinya hadir di sebalik kelebihan. Jadi, kami menyarankan anda untuk membuat carian terlebih dahulu seperti masuk ke dalam kumpulan tertentu di media sosial (contohnya XDA Developer). Anda boleh merujuk orang yang lebih mahir tentang persoalan mengenai Custom ROM.

    Adakah ianya bagus? Tepuk dada, tanya selera. Keputusan terletak di tangan anda kerana ianya bersifat subjektif. Kebanyakan peranti sekarang sudah hadir dengan pelbagai pilihan cipset yang mampu memberi prestasi yang baik dan ciri teknologi yang menarik. Tambahan pula, ia lebih selamat.

    Ini sahaja pengetahuan asas yang kami boleh berikan kepada anda. Jika anda mempunyai maklumat tambahan, pastikan anda komen di laman Facebook kami! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk ulasan gajet dan peranti teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    AEON Bank bakal lancarkan Kad Debit-i Visa pada akhir suku kedua 2024

    AEON Bank telah mendedahkan kerjasama dengan Visa untuk memperkenalkan kad debit yang direka khas untuk pemegang akaunnya yang dikenali sebagai Kad Debit-i...

    YouTube perkenal ciri AI “Jump Ahead”, tontonan terus ke bahagian menarik video

    YouTube telah melancarkan ciri baharu yang dipanggil Jump Ahead (Langkau Kedepan) yang direka khusus untuk pelanggan Premium. Ciri ini dikuasakan oleh AI...

    vivo X100 Ultra, X100s & X100s Pro akan dilancar pada 13 Mei 2024

    vivo akan mengumumkan telefon pintar yang dinantikan iaitu vivo X100 Ultra pada 13 Mei ini bersama dua model andalan lain, vivo X100s...

    Mufti Selangor: Haram beli kad waranti atau waranti lanjutan secara berasingan

    Mufti Selangor sering menjawab pelbagai persoalan yang diutarakan. Terbaru, Mufti Selangor turut menjawab soalan melibatkan pembelian kad waranti atau waranti lanjutan bagi...

    KWSP: Sistem dalam talian tergendala kerana penyelenggaraan dari 10 – 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan langkah baharu untuk akaun ketiga (akaun fleksibel) mulai 11 Mei ini. Sebelum itu, KWSP terpaksa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X