More

    POCO C3 hadir dengan kamera 13MP, kuatkan bukti dakwaan klon Redmi 9C

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai POCO C3 yang bakal dilancarkan di pasaran India dan ia didakwa sebagai penjenamaan semula dari Redmi 9C. Dakwaan ini dilihat semakin berasas kerana POCO C3 kini disahkan hadir dengan sensor kamera sama 13MP seperti Redmi 9C.

    Menurut siaran poster POCO C3, ia bakal hadir dengan tiga kamera yang terdiri daripada lensa utama 13MP, lensa kedalaman dan lensa makro. Ia juga dilihat tampil dengan potongan reka bentuk kamera belakang petak, sama seperti rekaan Redmi 9C.

    Anda boleh menyemak spesifikasi mengenai Redmi 9C disini. Jika ianya adalah klon Redmi 9C, mungkin pasaran Malaysia tidak akan menerima POCO C3 memandangkan kita sudah menerima kehadiran Redmi 9C.

    Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat mengenai kehadiran POCO C3 di pasaran Malaysia. POCO C3 akan dilancarkan di pasaran India pada 6 Oktober ini.

    Apakah pandangan anda mengenai POCO C3? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured