More

    OPPO akan hasilkan sebuah telefon baru dengan tiga kamera di belakang

    Selepas melancarkan OPPO A93 baru-baru ini, OPPO nampaknya sedang bersiap untuk melancarkan sebuah lagi telefon pintar yang baru. Sebuah peranti OPPO dengan nombor model CPH 2185 telah disenaraikan dalam Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat dengan rekaan mirip realme Narzo 20.

    Telefon ini mempunyai pengimbas cap jari di belakang dan tiga kamera yang diletakkan dalam bonggol kamera berbentuk petak. Di sisi kanan pula terdapat butang kawalan audio dan butang kuasa, manakala di bawah pula terdapat bicu audio 3.5mm, mikrofon dan port USB.

    Penyenaraian FCC turut memberitahu bahawa ia mempunyai bateri 4,100mAh, pengecasan 10W dan sistem operasi ColorOS 7.2. Memandangkan ia sudah pun berada dalam senarai FCC, telefon ini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang peranti ini dalam Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured