More

    Rupa telefon pintar LG K92 5G tertiris, dilengkapi empat kamera dengan rekaan unik

    LG Electronics sekarang mungkin sedang mengusahakan sebuah telefon kelas pertengahan 5G yang terbaru iaitu LG K92 5G. Maklumat ini berdasarkan beberapa gambar awal yang telah terbocor dalam media sosial.

    Berdasarkan gambar itu, LGK92 5G mempunyai susunan kamera yang agak menarik. Ia mempunyai empat kamera di belakang dan lampu kilat LED yang diletakkan agak jauh daripada lensa kamera. Kameranya juga tidak berada dalam satu bonggol kamera seperti kebanyakan telefon pada waktu ini. Permukaan belakangnya juga mempunyai dua warna, di mana ia mempunyai warna yang lebih gelap di bahagian atas.

    Di bahagian depan, terdapat sebuah kamera swafoto punch hole yang berada di bahagian atas tengah skrin. Pengimbas cap jarinya pula berada di sisi kanan, manakala di bawah ia akan dilengkapi bicu audio 3.5mm seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan.

    Menurut pemeroleh maklumat ternama Evan Blass, peranti tersebut akan dijual oleh Cricket Wireless di Amerika Syarikat. Malangnya, beliau tidak menerangkan spesifikasi telefon itu.

    Kongsi pendapat anda tentang peranti LG ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: VOICE

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured