More

    Harga & spesifikasi Samsung Galaxy F41 terbocor sebelum pelancaran pada 8 Oktober, mungkin ~RM850

    Samsung akan melancarkan telefon pintar Galaxy F41 di India pada lusa (8 Oktober) jam 8:00 malam waktu Malaysia. Sebelum ini beberapa spesifikasi awal telah pun didedahkan dan kini lebih banyak maklumat timbul tentang peranti ini termasuk harganya.

    Telefon tersebut sudah disahkan akan dilengkapi paparan sAMOLED Infinity-U berukuran 6.4 inci dengan resolusi 2340×1080. Selain itu, telefon ini dikhabarkan akan dilengkapi RAM 6GB, storan 64GB atau 128GB dan cipset Exynos 9611.

    Daripada segi kamera pula, Galaxy F41 akan dilengkapi tiga kamera termasuk kamera utama 64MP, manakala dua lagi kamera mungkin adalah kamera ultra-lebar dan makro. Kamera swafoto pula mungkin adalah kamera 32MP seperti dalam Galaxy M31.

    Baterinya pula mempunyai kapasiti 6,000mAh dan pengecasan pantas 15W. Terdapat juga ciri-ciri asas yang boleh dijangka untuk telefon kategori ini seperti bicu audio 3.5mm.

    Galaxy F41 dijangka akan dijual dalam jurang harga 15,000-20,000 rupee (~RM850-1135). Kongsi ramalan harga anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...