More

    Pengguna siri Samsung Galaxy S20 mula menerima One UI 3.0 versi beta

    Samsung kini mula mengeluarkan versi beta awam (public beta) untuk perisian One UI 3.0 yang berdasarkan sistem operasi Android 11. Kemas kini One UI terbaru ini boleh diterima oleh pengguna siri Galaxy S20 termasuklah Galaxy S20 Fan Edition yang baru dilancarkan pada bulan September.

    Setakat ini, hanya pengguna di Korea Selatan yang boleh menerima kemas kini beta tersebut. Pengguna Galaxy S20 di seluruh dunia boleh menjangkakan kemas kini beta ini untuk hadir dalam minggu-minggu terdekat. Di samping S20, para pengguna Galaxy Note20 juga dijangkan akan menerima kemas kini beta ini.

    Dalam kemas kini yang ditandakan sebagai versi ZTJ3 ini, sumber mengatakan akan terdapat penambahbaikan untuk widget pada lock screen dan always-on display, kategori baru untuk fungsi Dynamic lock screen, penyunting gambar dan banyak lagi. Untuk mendapatkan kemas kini ini apabila ia dikeluarkan oleh Samsung, pengguna perlu mendaftar untuk Sign Up for One UI Beta Program dalam aplikasi Samsung Members.

    Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan One UI yang baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured