More

    Ulefone Armor X8 dilancar: Telefon tahan lasak dengan spesifikasi kelas permulaan berharga ~RM750

    Ulefone adalah jenama telefon pintar yang sinonim dengan produk tahan lasak dan telefon terbaru oleh jenama ini tidak ada bezanya. Ulefone Armor X8 merupakan telefon kelas permulaan dengan ciri-ciri tahan lasak seperti rating kalis air IP68/IP69K, piawaian tentera MIL-STD-810G dan mampu tahan impak jatuh serta suhu melampau.

    Armor X8 mampu berfungsi selama 30 minit apabila ditenggelami air pada paras 1.5 meter dan mampu tahan impak jatuh setinggi 1.2 meter. Telefon ini mempunyai saiz yang agak besar, dengan ukuran 160×79×13.8mm dan berat 256 gram. Untuk penggunaan dalam situasi yang sukar, skrin telefon ini boleh digunakan bersama sarung tangan dan terdapat juga sebuah butang khas di sebelah kiri untuk akses mudah.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada komponen kelas permulaan, seperti skrin LCD 5.7 inci dengan resolusi HD+ yang diperbuat daripada gelas lasak, cipset MediaTek Helio A25, RAM 4GB, storan 64GB, kamera utama 13MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP, bateri 5,080mAh, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

    Ia akan dijual pada harga USD180 (~RM750) namun setakat ini tiada maklumat rasmi tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured