More

    iPhone 5c dikategorikan barang ‘vintage’ Apple bermula 31 Oktober ini

    Terkini, Apple dilaporkan merancang untuk menambah beberapa produk Apple keluaran lalu ke dalam barisan produk Apple vintaj (vintage and obselete) bermula 31 Oktober ini di seluruh dunia.

    Maklumat ini diperoleh melalui memo dalaman yang didapatkan oleh sumber. Antara produk baharu yang akan dikategorikan sebagai produk Apple vintaj adalah iPhone 5c dan MacBook Pro 15 inci keluaran Mid 2014.

    Anda boleh lihat senarai produk Apple lain yang dikategorikan dalam senarai vintage and obselete disini.

    Mengimbas kembali, iPhone 5c dilancarkan bersama iPhone 5s pada tahun September 2013 dengan litupan pelbagai pilihan warna seperti biru, hijau, merah jambu, kuning dan putih. iPhone 5c ialah peranti Apple yang berpatutan.

    Apple kini dilaporkan akan kembali mengeluarkan iPhone yang berpatutan dalam siri iPhone 12. Terdahulu, Appple sudah melancarkan iPhone SE (2020) sebagai sebuah lagi peranti dalam julat harga yang rendah berbanding varian iPhone lain.

    Anda boleh menyemak harga ramalan dan spesifikasi iPhone 12 yang akan dilancar pada 14 Oktober ini.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured