More

    Maybank lancar aplikasi MAE by Maybank2u, bantu rakyat Malaysia urus kewangan harian & menabung

    Maybank hari ini telah melancarkan aplikasi MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baru untuk memudahkan rakyat Malaysia menguruskan sebarang urus niaga atau hal kewangan harian, di samping penggunaan untuk perbankan digital dalam Maybank2u. Ia boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

    Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengakses perbankan mudah alih, pembayaran QR, dompet digital MAE dan pelbagai fungsi lain. Antara fungsi utama adalah Expenses (Perbelanjaan) di mana ia boleh memberi pandangan menyeluruh tentang semua perbelanjaan melalui akaun, kad dan transaksi QR Maybank. Transaksi tunai yang tidak direkod oleh Maybank pula boleh ditambah dalam aplikasi dengan mudah.

    Menurut CEO Maybank Datuk Abdul Farid Alias, di samping fungsi perbankan seperti pembayaran bil dan pindahan wang, aplikasi ini juga boleh membantu pelanggan memantau perbelanjaan sambil menggalakkan amalan menabung. Fungsi “Tabung” dalam aplikasi MAE boleh dipadankan dengan pelengkap Boosters yang terdiri daripada tiga jenis:

    • Spare Change di mana perbelanjaan akan dibundarkan dan bakinya dipindah ke dalam Tabung
    • Scan & Save di mana simpanan yang diperoleh daripada promosi transaksi QRPay akan dikreditkan ke dalam tabung
    • Guilty Pleasure yang membolehkan pengguna untuk hadkan perbelanjaan harian. Jika perbelanjaan melebihi had, jumlah berlebihan akan dikreditkan ke dalam Tabung

    Bagi mereka yang gemar jalan-jalan cari makan pula, MAE turut mempunyai fungsi roda Makan Mana untuk membantu pengguna mencari restoran menarik sambil mendapatkan promosi khas.

    Selain itu, Maybank turut melancarkan kad debit MAE Visa, di mana kad ini boleh digunakan di dalam dan luar negara dengan kadar pertukaran mata wang asing yang kompetitif.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan aplikasi Maybank ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured