More

    Maxis kini mengacah 4 model iPhone 12 dan ketiadaan pengecas bersama

    Terkini, Maxis telah memuat naik sebuah video yang mengacah siri iPhone 12. Video ini memaparkan acahan beberapa spesifikasi asas dan pilihan warna siri iPhone 12.

    Namun, perlu diingatkan bahawa segala maklumat mengenai siri iPhone 12 sehingga kini masih lagi bertahap ura-ura atau khabar angin.

    Melalui video, Maxis mengacah kewujudan empat model iPhone 12 seperti ura-ura dalam berita sebelum ini, tetapi dengan sedikit kelainan iaitu; varian More Max dengan saiz sehingga 12 inci. Apa pun, hal ini mungkin adalah gurauan semata-mata dari Maxis (tetapi kami masih berharap ianya adalah sebuah iPad Pro atau telefon boleh lipat Apple).

    Selain itu, anda juga dapat melihat paparan ayat ketiadaan pengecas/fon telinga yang disertakan bersama dalam kotak iPhone 12 (lihat gambar di atas). Antara ciri lain yang diacah adalah sensor LiDAR, 5G, cip A14 Binoic (tetapi tidak disebut secara langsung), Pay Face (mungkin Apple Pay) dan Car Face (mungkin sokongan kunci kereta digital).

    Maxis sepertinya membuat acahan berdasarkan ura-ura yang telah timbul sebelum ini. Apa yang pasti, Maxis akan menjadi salah sebuah syarikat telekomunikasi yang akan membuka pra-tempah untuk siri iPhone 12.

    Sepintas lalu, iPhone 12 dikatakan akan hadir dengan varian iPhone 12 mini 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci. Terdapat juga beberapa produk lain yang akan dilancarkan dalam acara Apple pada 14 Oktober, 1AM (waktu Malaysia).

    Anda boleh membaca spesifikasi dan harga ramalannya (bermula pada ~RM2,899) pada berita-berita lepas.

    Adakah anda akan membeli siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Maxis

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured