More

    HUAWEI Mate40 Pro+ mungkin hadir buat kali pertama, ini warna pilihan siri HUAWEI Mate40

    HUAWEI telah mengesahkan tarikh pelancaran siri HUAWEI Mate40 secara global pada 22 Oktober ini. Anda mungkin telah melihat spesifikasi jangkaan pada berita lepas. Melalui berita ini, anda boleh melihat gambar rekaan siri HUAWEI Mate40 dari sumber tidak rasmi. HUAWEI Mate40 Pro+ juga mungkin bakal hadir buat kali pertama dalam siri ini.

    Seperti biasa, penyebaran gambar rekaan akan hadir di Internet sebelum hari pelancaran. Walaupun ianya bukan gambar rasmi, namun anda kini boleh membayangkan reka bentuk peranti. Anda boleh melihat gambar rekaan yang menampilkan warna-warna pilihan siri HUAWEI Mate40.

    Siri HUAWEI Mate40 bakal hadir dengan pilihan warna asasnya Cosmic Silver, pearl White dan Bright Black. Kali ini, mungkin terdapat dua pilihan warna baharu; warna kuning keemasan dan warna hijau.

    Lebih menarik, sumber mendedahkan bahawa terdapat model HUAWEI Mate40 Pro+ yang akan muncul buat kali pertana.

    Berdasarkan sumber lepas, siri HUAWEI Mate40 dikatakan akan hadir dengan cipset 5nm Kirin 9000 dan skrin air terjun OLED beresolusi 1080p bersama kadar segar semula 90Hz.

    HUAWEI Mate40 akan dilengkapi tiga kamera utama 50MP RYYB, lensa ultra lebar 16MP 17mm dan lensa zum optikal 3x. HUAWEI Mate40 Pro pula hadir dengan lensa 50MP, lensa Cine 50MP, lensa telefoto periskop 5x dan lensa ToF (Time of Flight).

    Apa pun, kesemua maklumat ini bukan dari sumber rasmi. Nantikan berita pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia pada 22 Oktober ini.

    Sumber: 1 | 2

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured