More

    Pelan Maxis Zerolution ASUS ROG Phone 3 Strix Edition hadir, harga serendah RM109 sebulan

    Jika anda masih merancang untuk membeli ASUS ROG Phone 3 Strix Edition, berita ini mungkin berita gembira untuk anda. Maxis kini telah mengumumkan pelan Maxis Zerolution untuk peranti terbaru, ASUS ROG Phone 3 Strix Edition dengan harga serendah RM109 sebulan.

    Melalui paparan di laman web Maxis, anda boleh mendapatkan ASUS ROG Phone 3 Strix Edition varian 256GB berwarna Hitam dengan harga bermula RM109 sebulan. Terdapat juga hadiah percuma, tetapi tidak dinyatakan apakah hadiahnya.

    Seperti sebelum ini, Maxis menyediakan pelan pascabayar (Postpaid) 188, 158, 128 dan 98. Anda juga boleh memilih kontrak biasa dengan bayaran pendahuluan dan kadar diskaun untuk 24 bulan, bersama peluang untuk rebat pembayaran sehingga 12 bulan (bergantung kepada kelayakan anda). Semua pelan pascabayar mempunyai panggilan dan SMS tanpa had dan banyak lagi.

    Anda boleh ke laman Maxis untuk maklumat lanjut.

    Sepintas lalu, ROG Phone 3 Strix Edition hadir dengan Snapdragon 865, RAM 8GB, storan UFS 31. 256GB, skrin AMOLED FHD+ 144Hz dan bateri 6000mAh. Anda boleh menyemak spesifikasi lengkap disini.

    Adakah anda akan menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured