More

    Samsung, Xiaomi perkenalkan UWB: Trend teknologi wayarles yang seterusnya

    Sebenarnya, teknologi Ultra-Wideband (UWB) bukanlah teknologi yang baru diperkenalkan. Namun, Samsung dan Xiaomi dilihat membincangkan mengenai teknologi UWB ini dengan lebih mendalam. Teknologi wayarles ini dijangka akan menjadi teknologi wayarles yang berkembang dan besar dalam arena teknologi.

    Selain Samsung dan Xiaomi, Apple turut mengaplikasikan teknologi UWB ini dalam siri iPhone 11 dan kini dalam siri iPhone 12. Menurut Samsung, teknologi UWB adalah protokol komunikasi wayarles yang berfungsi melalui gelombang radio dalam frekuensi yang sangat tinggi.

    UWB memberi akses wayarles pantas untuk kegunaan kawalan dengan ketepatan yang baik. Contohnya, pengaplikasian UWB dalam kunci kereta digital yang membenarkan peranti Galaxy anda menyahkunci kereta secara automatik ketika anda menghampiri kereta. Tambah Samsung, mereka bakal membangunkan banyak lagi inovasi berasaskan teknologi UWB ini.

    Menurut Xiaomi pula, teknologi UWB ini diaplikasikan untuk kawalan peranti pintar melalui telefon pintar. Xiaomi memberi contoh One-finger control yang membenarkan anda menggunakan telefon untuk mengawal TV, memilih lagu dan sebagainya.

    Selain itu, Xiaomi turut memberi contoh pengaplikasian teknologi UWB yang bukan sahaja membenarkan anda mengawal peranti pintar melalui telefon, tapi anda boleh menggunakan operasi gerakan jari di telefon untuk kawalan skrin peranti lain.

    Apa yang penting, jenama-jenama telefon pintar ini kini memandang teknologi UWB sebagai teknologi wayarles besar seterusnya yang akan berkembang. Memandangkan ia akan berkembang, mungkin teknologi UWB ini akan diaplikasi pada telefon pintar lain kerana setakat ini ia ditujukan untuk peranti flagship sahaja seperti Galaxy Note20 Ultra.

    Adakah teknologi UWB akan menjadi trend seperti teknologi NFC dan Bluetooth? Beritahu kami pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured