More

    Cip telefon pintar dari najis lembu diumum di India, boleh kurangkan radiasi!

    Baru-baru ini, sebuah agensi di bawah kerajaan India Rahstriya Kamdhenu Aayog (RKA) telah mengumumkan cip mesra alam untuk telefon pintar. Lebih menarik, cip ini diperbuat daripada najis lembu!

    Menurut ketua RKA, cip ini diklasifikasikan sebagai cip anti-radiasi yang mampu mengurangkan kadar radiasi. Menurut sumber, cip yang diberi nama Gausatva Kavach ini dikilangkan oleh syarikat Shrijee Gaushala di bandar Rajkot, India.

    Menerusi sebuah acara di India, RKA turut menyatakan bahawa najis lembu mampu melindungi kita kerana ia adalah bahan yang boleh mengurangkan radiasi. Secara saintifiknya, cip ini boleh digunakan di telefon pintar untuk melindungi manusia dari penyakit.

    Gambar hiasan dari The Wire

    Tambah beliau, pelakon terkenal Bollywood Akshay Kumar juga mengamalkan meminum air kencing lembu untuk kesihatan. Untuk pengetahuan anda, RKA ialah institut penyelidikan di bawah Kementerian Perikanan, Penternakan Haiwan dan Tenusu di India.

    Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Hindustan Times

     

    Artikel Terkini

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Pemeriksaan kenderaan Puspakom kini lebih pantas dengan bantuan AI

    Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) memperkenalkan sistem pemeriksaan kenderaan baharu yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Sistem yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat tempatan Keymag...

    Universiti Malaya uji bateri terpakai BMW EV sebagai stesen pengecas solar

    BMW Group Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah memasang stesen pengecas peranti mudah alih kuasa solar yang menggunakan bateri kenderaan elektrik...

    MyGOV Malaysia integrasi Agentic AI, sistem kerajaan kini lebih efisien

    Kementerian Digital memperkenalkan teknologi Agentic AI dalam aplikasi MyGOV Malaysia yang mengubahnya daripada sekadar hab perkhidmatan kepada pembantu digital yang mampu memahami...

    Siri HONOR Pad 20 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR bakal melancarkan siri Pad 20 di pasaran Malaysia berikutan kejayaan mereka mengekalkan kedudukan sebagai jenama tablet Android nombor satu di Malaysia...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured